Saturday, October 16, 2010

Sabtu, 16/10/20, hari yang ceria..

Hari ini, tanpa dirancang, penuh sehari suntuk aktiviti.  Pagi hari dari pukul 9 pagi, pergi belajar buat coklat ( hasrat yang sudah lama terpendam, akhirnya terlaksana sudah, Alhamdulilah ).  Pulang, ke kenduri kahwin makcik di AU2. 



Masih awal lagi, dalam pukul 3 petang dan Fateh kata tak mau balik lagi sebab 'Amira dah pergi jauh" ( sudah pulang da ), Jadi ronda-ronda, terfikir satu tempat yang rasa agak menarik.  Maka kami mencari kedai coklat Berly's yang terletak di sekitar Jalan Tun Razak sana... cari punya cari, jumpa tapi malangnya Faiq pula tidur... Oklah best la gak tengok pelancong-pelancong luar borong coklat ( teringat macam kat Labuan pulak ;) ).  Kami, sekadar melihat-lihat dan merasa ( Free testing ).  Pulang...



Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon, menariknya, katanya, dia sudah berada di depan rumah..... HwwAAA :((... Awat la tak habaq awal, kalo tak, tak perlulah ke kedai coklat..  mmmm tak der rezeki Kut... Tu la Yatt... lain kali habaq mai no, dah la lama tak jumpa.  Datang tak bagi tau plak... Lain kali kut...

mmm tak la begitu menarik kut kisah hari ini, tapi, sekadar merakamkan peristiwa yang berlaku....

Sunday, October 10, 2010

Setandan dan Sesisir Pisang


Pesannya dari seorang sahabat, apabila kita mendidik anak : -
Sekiranya kita ada setandan pisang, jangan berikannya semua, berilah barang sesisir dua sahaja.

Maksudnya : Mengajar anak kita erti berserdahana, jangan limpahkan dengan segala kemewahan yang kadang kala tidak mampu kita adakan.  Dengan kata lain, berilah mereka apa sahaja yang di bawah kemampuan kita bukan mengikut kemampuan kita.

Contoh :   Kita mampu membelikan anak kita kereta BMW, tapi, jangan la berikannya kereta BMW, cukup la sekadar Proton saga sahaja.  Contoh yang lebih mudah, heheh cuba la anda fikirkannya dalam skala yang lebih kecil...

Pesannya Orang Yang Berpengalaman.

Sekadar perkongsian ilmu ( itupun kalau boleh dipanggil ilmu ) pesanan-pesanan, petua-petua dari rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara mara dalam aspek apa jua kehidupan yang kita lalui ini akan saya muatkan dalam label ini.  Tujuan  nukilan saya adalah sebagai peringatan kepada saya supaya  tidak lupa begitu saja.  Di samping itu juga, boleh dikongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi 'singah' di laman blog saya ini.  Semoga perkongsian saya ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Thursday, September 30, 2010

Ulang Tahun Kelahiran Muhammad Faiq Yang Ketiga

Ulang tahun kelahiran anak yang kedua, Muhammad Faiq  pada 26 September yang lepas.  Walaupun tiada sambutan meriah, cukuplah meraikannya dengan memotong kek.  Itupun sudah lebih dari cukup buat Faiq.  Berikut detik-detik yang berjaya dirakamkan..


 Birthday boy buat kek sendiri


 Menunggu detik meniup lilin


Biasa ler, abang Fateh pun nak tulun tiup juga


 Huhu tiup lilin ke?


Potong Kek


Pemerhati - Wafi



Assalammualaikum dan Salam Lebaran

Rasanya, tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan-kawan, sahabat handai, keluarga dan sesiapa sahaja yang sudi mampir ke ruangan ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.   Sekian lama menyepikan diri, dengan azam untuk menghidupkan kembali blog ini.  Semoga saya punya kekuatan ....

Sunday, July 25, 2010

Laman Sesawang dah 'bersawang'

Assalammualaikum....
Setelah sekian lama laman sesawangku ini tidak dijenguk oleh tuan punya blog.  InsyaAllah, akan kembali 'bernyawa' laman ini ( dapat pc baru dah, setelah pc lama tak lagi dapat berkhidmat).  Tapi, tak tau la, bila dah dapat pc baru, berebut pula dengan Muhammad Fateh, sibuk dengan 'kebunnya ;).  Harap maklum ya, 'kebun' dan segala macam 'game' dalam 'facebook' adalah dari hasil usaha si Muhammad Fateh.

Thursday, April 8, 2010

Our 2nd Earth Hour

Walaupun agak terlewat, tapi saya ingin juga paparkan aktiviti kami pada malam adanya kempen 'Earth Hour'

Kempen bermula pukul 8.30 malam, tapi persiapan bermula seawal sebelum magrib lagi.  Kami merancang untuk membuat BBQ ringkas, sekadar membakar ayam dan sotong sahaja.

Bahagian yang menarik adalah tatkala semua lampu dipadamkan.  Maka berebut-rebutlah anak-anakku menghampiri lilin-lilin yang dipasang.  Maklumlah, bukan senang anak-anak zaman sekarang ditemani lilin-lilin tatkala malam hari. 

Apapun, aktiviti ini memberikan pengalaman yang menarik buat anak-anak ini.  Harap anak-anak kita lebih prihatin dengan alam sekitar apabila mereka dewasa kelak.

Bekalan lilin-lilin penganti lampu elektrik


Ayam panggang, hidangan untuk makan malam


Faiq sedang berdiri dihadapan khemah sebelum hidangan makan malam siap

Bila ayam siap, Fildzah orang pertama sampai untuk merasa hidangan makan malam.

Wednesday, April 7, 2010

Di kala 10 bulan - anakku

Di kala usianya menginjak 10 bulan, Fildzah Miza telah berjaya berjalan... kini, tenga giat berjalan - jalan jalan jatuh, jalan jalan jatuh.  Tapi kadang kala, macam mahu berlari kerana ingin mengiringi langkah-langkah abang-abangnya. 

Langkah pertamanya, dikala usianya 9 bulan setengah, mungkin setelah mendapat kekuatan, barulah diatur langkahnya. Habis seluruh pelusuk rumah dijelajahi.  Alhamdulilah, semoga anakku dilindungi dan dicucuri rahmat oleh Allah.... Amin

Sekiranya saya ditanya, bagaimana kita mahu memastikan anak-anak cepat jalan, sebenarnya, saya tak tau apa jawapan yang tepat.  Tapi, apa yang saya buat, cuba bagi dorongan dan galakan kepada anak kita mengikut keupayaan anak.  Orang-orang tua kata, rajin-rajin urut tapak kaki anak, seawal usia bayi lagi supaya tapak kaki bayi tidak geli jadi cepatlah jalannya.   Tapi mungkin ada kebenarannya kerana, setakat ini, anak-anak saya boleh berjalan dikala usia 10 bulan.

Ada yang kata juga disebabkan oleh keturunan... mmm saya tak pasti la.  Namun, apa yang penting, sebagai ibu bapa, tidak perlulah kita mengharapkan sesuatu yang diluar batas kemampuan anak-anak. 

Gambar antara langkah-langkah awal Fildzah.  Terlalu sukar untuk di rakamkan gambarnya di kala telah pandai mengtur langkah, kamera ditangkapnya.  Nanti kita minta abah tangkap gambar Fildzah ek ( opsss kamera besar rusak la Fildzah ;)

Tuesday, April 6, 2010

Cuti Sekolah - Rabbit Fun Land

Menulis blog sememangnya memerlukan kekuatan dan komitment. huhu semanggat tak da, blog tak dikemaskini la jawabnya, walaupun bahan untuk dikongsi banyak. Contohnya, aktiviti cuti sekolah, baru nak masukkan ;).

Cuti sekolah yang lepas, mendapat jemputan dari kawan yang baru berpindah dari Labuan, buat kenduri doa selamat sempena dapat pindah ke Putrajaya.  Rumah sahabat berkenaan di Taman Teknologi Kajang.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Rabbit Fun Land ( kebetulan nampak ;) ).  Insan yang paling seronok adalah Muhammad Fateh, nak bagi rabbit makan.

Bayaran kemasukkan, Rm 5 satu kepala ( tak aci, Faiq yang tak sampai 3 tahun pun kene bayar gak ;) ).  Tak apa la, asalkan budak-budak ni dapat berseronok seketika, kata orang putih tu, 'batter than never'

 Fildzah bersama kakak-kakak siti ( Siti Aishah- pegang Fildzah, Siti Hajar- Bertudung dan Siti Hawa- tidak bertudung ) sementara Fateh sibuk bersenam di belakang.  Gambar ini diambil di rumah Kak Zaiton, Taman Teknologi Kajang.


 Harga tiket masuk, RM5


Faiq bergitu teruja untuk memberi arnab makan


Fateh pun bergitu seronok bila arnab tu makan lobak yang dihulurkan olehnya.


'Nak bagi makan monyet jugak' permintaan Fateh


Abang-abang sibuk bagi makan haiwan, saya pula, makan la sendiri lobak ni....kata Fildzah dalam hati (agaknya ler ;) )












Tuesday, February 23, 2010

Berhari raya di kampung - Tahun Baru Cina

Cuti tahun baru cina kali ni, kami sekeluarga pulang kekampung. Tak ada apa yang istimewa sangat lah, sekadar menziarahi keluarga di kampung. ada beberapa kisah yang akan saya kongsi disini.

 
Rumah nenda tercinta.   Di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor


kisah 1 : Ikan bawal putih bertukar jadi Ikan talapia.
sewaktu di kampung, kami sekeluarga sempat ke kampung bakal pakcik baru ( mak cik saya ada sorang lagi tak kawen tau ). Jadi saya mengambil peluang beli la ikan bawal dalam beberapa kilo. mmm mesti sedap, dah lama tak dapat makan ikan segar. dalam masa yang sama, pakcik saya pun menjala ikan talapia di kebunnya ( ada lombong tinggal berhampiran kebunnya ). Oleh kerana ikan yang saya nak bawak balik kajang bersebelahan dengan ikan talapia tu, saya tersalah ambil. tiba di kajang, bila dibuka, :(( :(( ikan talapia yang ku bawa... pengajarannya : lain kali, tengok dulu apa dalam bungkusan tu....

Kisah 2 : Jalan-jalan di Bandar Batu Pahat.
Sebenarnya misi ke Batu Pahat adalah mencari bahan baju untuk baju sekolah Fateh.  Ada baju sehelai je, tu pun dah pudar.  Tapi sempat la menyingah di Carefour Batu Pahat.  dengan kata lain, lain yang dicari, lain yang dibuat.

Sempat Fateh dan Faiq naik keretapi


 
Saya pun nak main juga - Fildzah.

kisah 2 : Beriadah di Tanjong Emas Muar, Johor.
Dalam perjalana balik, sempat la kami singgah makan tengahari di Tanjong Emas pekena asam pedas Muar. Bila dah berhenti tu, budak-budak ni ternampak playground, jadi, layan la mereka main sebentar agar mereka kepenatan dah diharapkan dalam kereta akan tidur sepanjang perjalanan balik - misi berjaya ;P


 'Ibu, Fateh nak gambar kat cutcut'...kata Fateh
'Tata tatata tttatata' ... kata Faiq
'Ok, tanya abah' ibu jawab.


Fateh dan Faiq tengah layan buih...

 
Nyam-nyam-nyam. Pekena asam pedas ikan merah.





Wednesday, February 10, 2010

Sakit Perut dan Kesekolah Fateh

Hari ni sakit perut teruk. Seharian masih tak baik ( ketika artikel ni ditulis, perut masih sakit-sakit lagi ). Tak terbuat kerja rumah. makan tengahari pun semua masak kat kaedai aje. Nasib baik la anak-anak semua dalam fasa 'penyembuhan', semua tengah tergolek tidur.

Tengah memikirkan ni sebab musabab perus sakit tak sudah-sudah ni. Malam tadi makan diluar... sebab tu kah? tapi budak-budak ni tak sakit perut pulak.

Dalam sakit-sakit perut pun tadi, sempat pergi ke sekolah Fateh dan bertemu cikgu sekolah Fateh kerana Fateh tak bersekolah selama dua hari. Setakat ini, cikgunya kata, Fateh tidak banyak ketiggalan. Kiranya Fateh dalam kategori 'yang sedang-sedang saja'. mmm tak pe la, janji ada kemajuan, tak perlulah dipaksa-paksa kang terbantut.

Sebenarnya saya terlepas program "Bengkel Teknik Membaca untuk Ibubapa" yang dianjurkan oleh sekolah Fateh. Ye la kan, masa hari minggu hari tu, anak-anak semua demam jadi tak dapat la ikut serta. Jadi, saya berjumpa cikgu Fateh untuk bertanyakan sekiranya program tersebut akan diadakan di tempat-tempat lain lagi, malangnya tiada. Jadi, cikgu Fateh pun memberi sedikit intipati berkenaan bengkel tersebut.

Bengkel tersebut mendedahkan kepada ibubapa bahawa teknik mengajar anak-anak membaca sekarang berbeza dari teknik kita belajar membaca dulu. Sekarang, menggunakan sukukata yang tidak menghendaki anak-anak kenal huruf dulu baru membaca. Teknik sekarang, anak-anak boleh terus membaca tanpa belajar satu persatu huruf. Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan apa yang diajar di sekolah dan latihan lanjutan yang perlu dibuat oleh anak-anak dirumah. Nampak gayanya, belajar membaca sekarang lebih senang dari dulu-dulu. Bagus la ....

Monday, February 8, 2010

Anak Demam

Minggu lepas, dimulai dengan Fildzah, kemudian Faiq dan hari ini, Fateh pula demam.  Fildzah telah pulih dari demamnya tinggal Faiq dan Fateh.  Faiq lambat baik kerana sudah untuk makan ubat.  Diberi makan ubat., habis dikeluarkan semua termasuk isi perutnya sekali.  Jumpa doktor kali kedua, mintak ubat yang paling sedap dan paling mudah ( antibiotic makan sehari sekali jer ).

Doktor pula, tak semua doktor faham karenah budak,  terutama doktor .  Mintak ubat untuk budak susah makan, katanya, ‘tak ada.  Ini ubat yang biasa untuk budak demam’ ( ini pendapat orang yang tak tahu langsung pasal ubat-ubatan )

Seperti biasa la bila anak demam
1. Letih dan mengantuk kerana tak cukup tido – jaga anak demam
2. Rumah kelam kabut, kemas mana yang sempat aje.
Terima kasih kepada yang sudi membantu untuk mengemas rumah ini ketika anak-anaku demam, kalau tidak tongkang pecah pun kalah )

Buat Fildzah, ini kali pertama demam, dengan kata lain, kami ( mak bapaknya la ) tak tau karenahnya bagaimana.  Rupa-rupanya, bila demam tidak mau berengang dengan ibu, ( macamana la ibu nak jaga abang demam dan kemas rumah!! )  Seperti abang-abangnya juga, Fildzah pun susah makan ubat!! Oleh kerana masih kecil lagi, mudah lah untuk ‘menguruskannya’ makan  ubat.  Alhamdulilah, fildzah sudah sihat tinggal batuk dan selsema sahaja.

Faiq, masuk hari ini hari kelima dia demam tapi masih belum kebah kerana susah makan ubat. Doktor kata tak der cara lain nak kebah demam selain makan ubat dan makan ubat.  Oleh kerana susah makan ubat, doktor bagi ubat paling mudah, antibiotic makan sehari sekali dan ubat demam ikut ‘belakang ’.  Harap-harap berkesan dan Faiq sihat.

Buat Fateh, hari ini hari ketiga demam.  Sudah cuti sekolah selama dua hari.  ‘Esok nak sekolah ‘ katanya.  Oleh kerana sudah besar, maka senang memujuknya untuk makan ubat.

Bergitulah serba sedikit karenah anak-anak demam.  Harap-harap mereka semua cepat sembuh ( supaya ibu boleh bayar hutang tidurr !! )  Kepada semua pembaca, doakanlah kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Amin….

 
Bila demam, Faiq tidak berapa mau tidur dan makan

 
Setelah makan ubat, lena sebentar Fildzah



Saturday, January 30, 2010

Home Sweet Home - Puteri Hight

Hari ini ( sabtu ), macam-macam hal telah terjadi dari kemalangan ( TV jatuh, hasil usaha Fateh dah FaiQ).  Hasilnya, luka ringan dijari Faiq.  Itu bukan halnya, kami sekeluarga menziarah rumah salah seorang sahabat saya yang menganjurkan majlis doa selamat sempena masuk rumah.

Perjalan yang agak panjang- tanpa kami tahu aras sebenar, hanya berbekalkan alamat yang diberi, pencarian kami bermula.  Sejurus senja baru kami sampai ( maaf ye tuan rumah, Pn Erni ).  Kiranya kami datang untuk makan je la hahhah, jangan marah ye.  Tentunya majlis doa selamat tersebut telah lama habis bila kami sampai selewat waktu itu.  Rumah tersergam indah...cantik-cantik-cantik, tahniah Pn Erni dan En. Zamri kerana telah berjaya memiliki rumah yang indah, semoga menjadi "rumahku syurgaku impian".


Terimalah pemberian dari kami yang tak seberapa. (ps - sorry ler N, simple je sebab macam sempat tak sempat datang, at last nak g jugak jadinya buat kek ekspres jer le. ).  Ini gambar sebelum kek ini sampai ke rumah yang dituju.  Kalau sudah betukar rupa, maafkanlah ya, hero-hero disini sungguh berbesar hati membawak mengusung kek ini kesana dan kemari.

Bulan Penuh - Petua


Sudah lama kami sekeluarga tidak menjengah keluarga yang berada di BTHO ( Bandar Tun Hussein Onn), keluarga Wak Nanang. Hari Jumaat abahfateh tidak bekerja, jadi malam itu, Jumaat, kami sekeluarga ke BTHO.  Selesai beramah mesra dan bertanya khabar, maka kami sekeluarga pun pulang (  tak cerita pun apa berlaku masa pertemuan.. hahahha tak de apa-apa la. Cerita biasa, adik beradik yang lama tak jumpa ) Tetapi, bukan itu yang ingin perkatakan.  
Sebelum pulang kami pun 'pamitan' untuk pulang.  Wak Sri  ( merangkap biras saya ) berbisik kepada saya "nak tau satu petua tak? cuba pandang atas" pinta Kak Sri.
Saya pun memandang atas " ada bulan je kak"
Balas Kak Sri " Petua awet muda, bila bulan mengambang, pandang ke bulan dan bisik kepada bulan, katakan; aku muda dan kamu tua, setiap kali bulan mengambang".
"Oh ye ke Kak" balas saya.
Kak Sri gelak "hahahah itu petua orang-orang tua je la"

Sesiapa yang mahu mengikut petua ini silakan, tetapi sekadarnya sahaja tau, jangan terlalu taksub sehingga merosakkan akidah kita.  Tua, muda adalah lumrah kehidupan.  Sepertimana yang diberitahu oleh Kak Sri, sekadar petua terpulang kepada kita untuk memngamalkannya.  Apa yang penting, jiwa kita mesti sentias bersih agar terpancar segala kesegaran yang menaikkan 'seri' ke wajah kita.

Wednesday, January 27, 2010

Pembedahan otak untuk mengurangkan berat badan – Oprah show



Saya tak tau la ni siri Oprah yang mana, tapi saya tontonnya beberapa hari yang lalu           ( siaran pukul 9  - 10 pagi ) berkenaan penurunan berat adan melalui pembedahan otak.  Sekali pandang macam tak der kene mengena pemebedahan otak dengan penurunan berat badan.  Percayalah, otak adalah punca segala tindak tanduk dan apa yang terjadi pada badan kita kerana otak merancang semua apa yang berkalu pada badan kita. 


Penemuan pembedahan itu telah dilakukan oleh seorang doctor dari
Hospital Virgenia Barat.  Pembedahan dibuat dengan keadaan pesakit sedar kerana doctor perlu berinteraksi dengan pesakit bagi memastikan impalan yang dipasang di otak berada pada tempat yang betul.


Doktor memasang jarum perak ke bahagian otak yang mengawal lapar dan sentiasa berinteraksi dengan pesakit bagi memastikan jarum dipasang di tempat yang sepatutnya.  Jarum perak mengalirkan arus elektrik bagi menyekat rasa lapar,  Jumlah jarum perak bergantung kepada saiz badan pesakit.  Jarum perak berfungsi untuk merangsang metabolisma badan dan jarum perak ini di sambungkan kepada perantak yang dipasang di bahagian atas dada.


 Perentak ini mengandungi program yang perlu kepada tubuh badan dan isyarat ini akan dihantar ke otak melalui jarum perak tadi.  Biasanya perentak ini akan diprogramkan supaya pesakit mesti makan makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan dan kurangkan makanan yang berlemak. Dengan itu, perentak akan menghantarkan arus kepada otak melalui jarum perak apa yang tubuh badan perlu.  Oleh itu, badan akan sentiasa mengambil apa yang diprogramkan sahaja. 


Kaedah ini sesuai untuk inividu yang mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan melampau.  Anda berani mencuba? Hahahha.  Tepuk Dada Tanyalah Iman




Sunday, January 24, 2010

Hujung Minggu di Putrajaya


Hujung minggu nie kami berpeluang mengikut abahfateh menangkap gambar di Purajaya.  Bertempat di Pusat Komuniniti Presint 9. Tapi, senelum sampai ke tempatnya, sempat la kami berpusing-pusing dua tiga round sebab tak jumpa tempat yang dituju.  Alhamdulilah, jumpa akhirnya dan berpeluanglah Fateh dan Faiq bermandi manda.

“Lain kali kita datang sini lagi ye bu” permintaan Fateh hohoho
"Kalau abah bawak, kita sampai lagi la Fateh” ibu menjawab.




 Fateh dan Faiq tak berani turun kolam lagi ni




 Sedang menghayati mandi kolam


 
 Sedang berseronok mandi kolam




 Fildzah ketakutan masuk kolam

Saturday, January 23, 2010

Hari jumaat, abah fateh balik dari kerja luar kawasan ( Labuan ).  Hohoho 'kenyang coklat' la budak-budak ni, lihatlah banyaknya bekalan coklat yang dibawanya.  Dalam banyak-banyak coklat, giant cupa chup yang menjadi  pilihan Faiq ( agaknya nampak pelik kut ).  Selamat menjamu selera Fateh n Faiq.

ps : sapa-sapa yang nak, meh aaa sini jemput makan ;)


Hanya giant cupa chup je yang menjadi perhatiannya

Friday, January 22, 2010

Kisah tugasan Fateh.

Semalam ( kelmarin mengikut logat utara ) fateh mendapat satu tugasan dari guru di tadikanya ( Little Caliph ) supaya Fateh terus berlatih mengenal huruf ( setakat yang telah dipelajarinya ).  Cikgunya mengatakan, Fateh agak keliru dengan beberapa huruf.  Tugasan diberi dengan harapan, Fateh boleh menguasai huruf-huruf tersebut agar tidak ketinggalan dari rakan-rakannya yang lain.

Tapi, apa telah jadi? hahahha. Petangnya, ibu mencari Fateh di seluruh rumah, tapi Fateh senyap sunyi.  Rupa-rupanya, Fateh telah memotong-motong kertas tugasan yang telah diberikan oleh cikgunya. Apa lagi, mengucap panjang la ibu.
Bila ditanya, " kenapa Fateh potong-potong kertas yang cikgu bagi?"
Jawab Fateh " Fateh nak gunting kertas, tapi Fateh tak jumpa kertas.  Fateh gunting la kertas yang cikgu bagi. Lagipun kertas nie dah comot, adik comotkan, Fateh dah tak boleh baca".

Hohoho... apa hasruku katakan kepada ini budak? Ibu sekadar geleng kepala dan meminta Fateh berhenti mengunting dan tinggalkan kertas disitu ...........

"Nanti Ibu buatkan yang lain ye untuk Fateh, permintaan Fateh ....

Fateh oh Fateh......


Berginilah rupa kertas tugasan yang diberi oleh cikgu, setelah 'diubahsuai' oleh Fateh




















Tuesday, January 19, 2010

Isteri Di Dera

Sekiranya anda tergolong kepada kumpulan orang-orang yang terdera, jangan takut untuk melindungi diri anda dengan membuat laporan ke :
1. Balai Polis Berdekatan
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat
3. Mahkamah Syariah.              
Mereka di sini dapat membantu anda.

Sekiranya anda mendapat ugutan oleh pehak suami yang akan melaporkan anda sebagai Nusyus, percayalah, dakwaan itu tidak boleh dipakai kerana terdapat peruntukan dalam undang-undang yang, membuat laporan tentang diri didera dikira sebagai darurat, bukan nusyus .  Sebagai Isteri, ketahui hak anda

-sumber MHI ( Malaysia Hari Ini )            

Monday, January 18, 2010

Santai hujung minggu

Hujung minggu kali ini, kami sekeluarga telah meramaikan tempat yang sedia ramai ( hahah menyebok ler sebab org tengah shoping utk raya, kami pun join gak aaaa ) IKEa.  Penat bersesak-sesak dengan orang ramai, padahal kami cuma nak cari penyangkut  sudu je sambil membawa budak-budak dan bapak budak ketempat ini aaaa.  seperti biasa la Faiq tidak mau pulang dan Fateh telah memilih set bilik tidur yang digemarinya tanpa disedari oleh ibubapanya.  Sempat juga la mencuri gambar gelagat budak berdua ni ditempat ini.



Alamak, jakunnya anak aku ni... pelik nampak lampu lain macam



Fateh sibuk memilih mainan yang disukainya

Tuesday, January 5, 2010

Kedai Coklat di Ulu Langat




Anda gemarkan coklat? Saya salah seorang pengemar coklat.  Impian saya, suatu hari nanti saya mampu untuk membuat coklat saya sendiri.  Ketika menonton MHI pagi ini, ada dipalarkan kedai coklat buatan  coklat tempatan di Ulu Langat, Dazzle Choclate yang terletak di Nanding Ulu Langat.  Sekiranya ada kesempatan, saya juga ingin berkunjung ke kedai tersebut.  Harapannya, coklat dikedai tersebut sedap dan berkualiti setanding dengan coklat dari luar negara.  Harga pun harap lebih redah dari coklat import ( tak de cukai import maa )

Fateh dah sekolah


Hari pertama Fateh sebelum kesekolah, bersalam dengan ibu.  Sungguh teruja  ( ibunya sekli )


Wajah keriangan kerana hari pertama kesekolah ( walaupun tadika hahaha )



Wajah ceria Fateh sesampainya ibu di muka pintu sekolah untuk menjemputnya pulang



Setelah Fateh berpesan kepada adiknya " Adik, nanti adik sekolah sini juga tau"


Hari ini merupakan hari kedua Fateh bersekolah ( ikuti catatan hari pertama Fateh besekolah oleh abahya ). Reaksi bangun paginya berbeza dari semalam. Semalam, hari pertama dia kesekolah, sekali kejut aje dia dah bangun dan mintak dokong ke bilik air, terus mandi. semua dilakukan tanpa bantahan olehnya. Namun, reaksinya berbeza untuk hari ini. bila dikejutkan untuk mandi, ayatnya berbunyi " Fateh tak mau mandi, Fateh tak mau sekolah kerana Fateh masih terlalu mengantuk". hahahha... tugas si abah memujuk Fateh untuk mandi dan kesekolah sampaikan abahnya kelewatan untuk pergi ke pejabat. Sudahnya, sesudah dipujuk mahu lah dia kesekolah" tapi abah aje yang hantar ". hahaha nasib baik la awak tu baru nak belajar kesekolah, kalau tak, abah mesti bo layan jer....


Tugas mengambil Fateh dari sekolah diambil alih oleh ibu. Sesampainya ibu di muka pintu sekolah, "ibu, Fateh terlalu seronok", terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sudi mengajar anak saya sebaiknya, jasamu dikenang hingga ke akhir  hayat. Begitu lah serba sedikit kisah Fateh mula bersekolah. sebelum ini, Fateh tidak pernah bersekolah dan tidak pernah di hantar di mana-mana pusat asuhan/jagaan kanak-kanak kerana ibu seorang surirumah.


Proses persediaan untuk Fateh kesekolah amat panjang, seawal 6 bulan ( setengah tahun ) sebelumnya, ini kerana Fateh anak sulung dan tiada sesiapa disekitarnya bersekolah. Dari proses memilih sekolah untuknya sehinggalah hari sebelum dia kesekolah. setelah beberapa sekolah dipilih, akhirnya Fateh memilih Tadika Sir Atun ( kerana sekolahnya baru dibuka, semua peralatan dan premisnya adalah baru hahahha suka la Fateh ) setelah beberapa sekolah di jelajahi. Macam-macam alasan diberi sekiranya sekolah yang di ziarahi tidak berkenan dihatinya, antara alasannya, ' sekolah ini terlalu menyeramkan, sekolah ini tak ada play ground bersar, sekolah ini tidak ada play ground baru'. Setelah mendapat sekolah yang disukaainya, maka barulah ia terlalu teruja untuk kesekolah.


Setiap hari sebelum sekolah dibuka, kami mengingatkannya supaya tidur awal agar tidak kelewatan untuk kesekolah, dengar cakap cikgu dan jangan gaduh-gaduh dengan kawan-kawan. Pastikan anak-anak serokok disekolah dan sekiranya pulang dari sekolah si anak tidak mahu lagi pergi kesekolah pada keesokan harinya, pasti ada sesuatu yang berlaku dan tugas ibubapa untuk menyelidiki apa yang telah berlaku di sekolah. boleh jadi anak ini telah bergaduh di sekolah, boleh jadi takut dengan cikgu-cikgu dan seribu satu kemungkinan lagi. Tapi saya rasa, bagi kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan tiada masalah untuk meninggalkannya bersama kawan-kawan yang lain.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru



Sempena Tahun baru ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010".  Laman ini akan dihiasi oleh suka duka kami sekeluarga yang akan di kongsi bersama.  Akhir kata, Selamat Tahu Baru 1421 2010.