Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

DOA Untuk Anak Dengar Kata


Seperti biasa, menjengah laman sosial ( facebook ), terjumpa artikel yang agak menarik.  Maka disini saya abadikan dalam blog saya agar menjadi kenang-kenangan dan bolehlah dikongsi.  Harapannya, ia tidak menjadi kesalahan.  Ia  berkaitan doa untuk anak-anak ( DOA Untuk Anak Dengar Kata)


Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.
3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.
4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA (Facebook )


                                                                                 Gambar Hiasan

Sunday, October 10, 2010

Setandan dan Sesisir Pisang


Pesannya dari seorang sahabat, apabila kita mendidik anak : -
Sekiranya kita ada setandan pisang, jangan berikannya semua, berilah barang sesisir dua sahaja.

Maksudnya : Mengajar anak kita erti berserdahana, jangan limpahkan dengan segala kemewahan yang kadang kala tidak mampu kita adakan.  Dengan kata lain, berilah mereka apa sahaja yang di bawah kemampuan kita bukan mengikut kemampuan kita.

Contoh :   Kita mampu membelikan anak kita kereta BMW, tapi, jangan la berikannya kereta BMW, cukup la sekadar Proton saga sahaja.  Contoh yang lebih mudah, heheh cuba la anda fikirkannya dalam skala yang lebih kecil...