Wednesday, February 10, 2010

Sakit Perut dan Kesekolah Fateh

Hari ni sakit perut teruk. Seharian masih tak baik ( ketika artikel ni ditulis, perut masih sakit-sakit lagi ). Tak terbuat kerja rumah. makan tengahari pun semua masak kat kaedai aje. Nasib baik la anak-anak semua dalam fasa 'penyembuhan', semua tengah tergolek tidur.

Tengah memikirkan ni sebab musabab perus sakit tak sudah-sudah ni. Malam tadi makan diluar... sebab tu kah? tapi budak-budak ni tak sakit perut pulak.

Dalam sakit-sakit perut pun tadi, sempat pergi ke sekolah Fateh dan bertemu cikgu sekolah Fateh kerana Fateh tak bersekolah selama dua hari. Setakat ini, cikgunya kata, Fateh tidak banyak ketiggalan. Kiranya Fateh dalam kategori 'yang sedang-sedang saja'. mmm tak pe la, janji ada kemajuan, tak perlulah dipaksa-paksa kang terbantut.

Sebenarnya saya terlepas program "Bengkel Teknik Membaca untuk Ibubapa" yang dianjurkan oleh sekolah Fateh. Ye la kan, masa hari minggu hari tu, anak-anak semua demam jadi tak dapat la ikut serta. Jadi, saya berjumpa cikgu Fateh untuk bertanyakan sekiranya program tersebut akan diadakan di tempat-tempat lain lagi, malangnya tiada. Jadi, cikgu Fateh pun memberi sedikit intipati berkenaan bengkel tersebut.

Bengkel tersebut mendedahkan kepada ibubapa bahawa teknik mengajar anak-anak membaca sekarang berbeza dari teknik kita belajar membaca dulu. Sekarang, menggunakan sukukata yang tidak menghendaki anak-anak kenal huruf dulu baru membaca. Teknik sekarang, anak-anak boleh terus membaca tanpa belajar satu persatu huruf. Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan apa yang diajar di sekolah dan latihan lanjutan yang perlu dibuat oleh anak-anak dirumah. Nampak gayanya, belajar membaca sekarang lebih senang dari dulu-dulu. Bagus la ....

No comments: