Sunday, July 25, 2010

Laman Sesawang dah 'bersawang'

Assalammualaikum....
Setelah sekian lama laman sesawangku ini tidak dijenguk oleh tuan punya blog.  InsyaAllah, akan kembali 'bernyawa' laman ini ( dapat pc baru dah, setelah pc lama tak lagi dapat berkhidmat).  Tapi, tak tau la, bila dah dapat pc baru, berebut pula dengan Muhammad Fateh, sibuk dengan 'kebunnya ;).  Harap maklum ya, 'kebun' dan segala macam 'game' dalam 'facebook' adalah dari hasil usaha si Muhammad Fateh.

Thursday, April 8, 2010

Our 2nd Earth Hour

Walaupun agak terlewat, tapi saya ingin juga paparkan aktiviti kami pada malam adanya kempen 'Earth Hour'

Kempen bermula pukul 8.30 malam, tapi persiapan bermula seawal sebelum magrib lagi.  Kami merancang untuk membuat BBQ ringkas, sekadar membakar ayam dan sotong sahaja.

Bahagian yang menarik adalah tatkala semua lampu dipadamkan.  Maka berebut-rebutlah anak-anakku menghampiri lilin-lilin yang dipasang.  Maklumlah, bukan senang anak-anak zaman sekarang ditemani lilin-lilin tatkala malam hari. 

Apapun, aktiviti ini memberikan pengalaman yang menarik buat anak-anak ini.  Harap anak-anak kita lebih prihatin dengan alam sekitar apabila mereka dewasa kelak.

Bekalan lilin-lilin penganti lampu elektrik


Ayam panggang, hidangan untuk makan malam


Faiq sedang berdiri dihadapan khemah sebelum hidangan makan malam siap

Bila ayam siap, Fildzah orang pertama sampai untuk merasa hidangan makan malam.

Wednesday, April 7, 2010

Di kala 10 bulan - anakku

Di kala usianya menginjak 10 bulan, Fildzah Miza telah berjaya berjalan... kini, tenga giat berjalan - jalan jalan jatuh, jalan jalan jatuh.  Tapi kadang kala, macam mahu berlari kerana ingin mengiringi langkah-langkah abang-abangnya. 

Langkah pertamanya, dikala usianya 9 bulan setengah, mungkin setelah mendapat kekuatan, barulah diatur langkahnya. Habis seluruh pelusuk rumah dijelajahi.  Alhamdulilah, semoga anakku dilindungi dan dicucuri rahmat oleh Allah.... Amin

Sekiranya saya ditanya, bagaimana kita mahu memastikan anak-anak cepat jalan, sebenarnya, saya tak tau apa jawapan yang tepat.  Tapi, apa yang saya buat, cuba bagi dorongan dan galakan kepada anak kita mengikut keupayaan anak.  Orang-orang tua kata, rajin-rajin urut tapak kaki anak, seawal usia bayi lagi supaya tapak kaki bayi tidak geli jadi cepatlah jalannya.   Tapi mungkin ada kebenarannya kerana, setakat ini, anak-anak saya boleh berjalan dikala usia 10 bulan.

Ada yang kata juga disebabkan oleh keturunan... mmm saya tak pasti la.  Namun, apa yang penting, sebagai ibu bapa, tidak perlulah kita mengharapkan sesuatu yang diluar batas kemampuan anak-anak. 

Gambar antara langkah-langkah awal Fildzah.  Terlalu sukar untuk di rakamkan gambarnya di kala telah pandai mengtur langkah, kamera ditangkapnya.  Nanti kita minta abah tangkap gambar Fildzah ek ( opsss kamera besar rusak la Fildzah ;)

Tuesday, April 6, 2010

Cuti Sekolah - Rabbit Fun Land

Menulis blog sememangnya memerlukan kekuatan dan komitment. huhu semanggat tak da, blog tak dikemaskini la jawabnya, walaupun bahan untuk dikongsi banyak. Contohnya, aktiviti cuti sekolah, baru nak masukkan ;).

Cuti sekolah yang lepas, mendapat jemputan dari kawan yang baru berpindah dari Labuan, buat kenduri doa selamat sempena dapat pindah ke Putrajaya.  Rumah sahabat berkenaan di Taman Teknologi Kajang.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Rabbit Fun Land ( kebetulan nampak ;) ).  Insan yang paling seronok adalah Muhammad Fateh, nak bagi rabbit makan.

Bayaran kemasukkan, Rm 5 satu kepala ( tak aci, Faiq yang tak sampai 3 tahun pun kene bayar gak ;) ).  Tak apa la, asalkan budak-budak ni dapat berseronok seketika, kata orang putih tu, 'batter than never'

 Fildzah bersama kakak-kakak siti ( Siti Aishah- pegang Fildzah, Siti Hajar- Bertudung dan Siti Hawa- tidak bertudung ) sementara Fateh sibuk bersenam di belakang.  Gambar ini diambil di rumah Kak Zaiton, Taman Teknologi Kajang.


 Harga tiket masuk, RM5


Faiq bergitu teruja untuk memberi arnab makan


Fateh pun bergitu seronok bila arnab tu makan lobak yang dihulurkan olehnya.


'Nak bagi makan monyet jugak' permintaan Fateh


Abang-abang sibuk bagi makan haiwan, saya pula, makan la sendiri lobak ni....kata Fildzah dalam hati (agaknya ler ;) )












Tuesday, February 23, 2010

Berhari raya di kampung - Tahun Baru Cina

Cuti tahun baru cina kali ni, kami sekeluarga pulang kekampung. Tak ada apa yang istimewa sangat lah, sekadar menziarahi keluarga di kampung. ada beberapa kisah yang akan saya kongsi disini.

 
Rumah nenda tercinta.   Di Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor


kisah 1 : Ikan bawal putih bertukar jadi Ikan talapia.
sewaktu di kampung, kami sekeluarga sempat ke kampung bakal pakcik baru ( mak cik saya ada sorang lagi tak kawen tau ). Jadi saya mengambil peluang beli la ikan bawal dalam beberapa kilo. mmm mesti sedap, dah lama tak dapat makan ikan segar. dalam masa yang sama, pakcik saya pun menjala ikan talapia di kebunnya ( ada lombong tinggal berhampiran kebunnya ). Oleh kerana ikan yang saya nak bawak balik kajang bersebelahan dengan ikan talapia tu, saya tersalah ambil. tiba di kajang, bila dibuka, :(( :(( ikan talapia yang ku bawa... pengajarannya : lain kali, tengok dulu apa dalam bungkusan tu....

Kisah 2 : Jalan-jalan di Bandar Batu Pahat.
Sebenarnya misi ke Batu Pahat adalah mencari bahan baju untuk baju sekolah Fateh.  Ada baju sehelai je, tu pun dah pudar.  Tapi sempat la menyingah di Carefour Batu Pahat.  dengan kata lain, lain yang dicari, lain yang dibuat.

Sempat Fateh dan Faiq naik keretapi


 
Saya pun nak main juga - Fildzah.

kisah 2 : Beriadah di Tanjong Emas Muar, Johor.
Dalam perjalana balik, sempat la kami singgah makan tengahari di Tanjong Emas pekena asam pedas Muar. Bila dah berhenti tu, budak-budak ni ternampak playground, jadi, layan la mereka main sebentar agar mereka kepenatan dah diharapkan dalam kereta akan tidur sepanjang perjalanan balik - misi berjaya ;P


 'Ibu, Fateh nak gambar kat cutcut'...kata Fateh
'Tata tatata tttatata' ... kata Faiq
'Ok, tanya abah' ibu jawab.


Fateh dan Faiq tengah layan buih...

 
Nyam-nyam-nyam. Pekena asam pedas ikan merah.





Wednesday, February 10, 2010

Sakit Perut dan Kesekolah Fateh

Hari ni sakit perut teruk. Seharian masih tak baik ( ketika artikel ni ditulis, perut masih sakit-sakit lagi ). Tak terbuat kerja rumah. makan tengahari pun semua masak kat kaedai aje. Nasib baik la anak-anak semua dalam fasa 'penyembuhan', semua tengah tergolek tidur.

Tengah memikirkan ni sebab musabab perus sakit tak sudah-sudah ni. Malam tadi makan diluar... sebab tu kah? tapi budak-budak ni tak sakit perut pulak.

Dalam sakit-sakit perut pun tadi, sempat pergi ke sekolah Fateh dan bertemu cikgu sekolah Fateh kerana Fateh tak bersekolah selama dua hari. Setakat ini, cikgunya kata, Fateh tidak banyak ketiggalan. Kiranya Fateh dalam kategori 'yang sedang-sedang saja'. mmm tak pe la, janji ada kemajuan, tak perlulah dipaksa-paksa kang terbantut.

Sebenarnya saya terlepas program "Bengkel Teknik Membaca untuk Ibubapa" yang dianjurkan oleh sekolah Fateh. Ye la kan, masa hari minggu hari tu, anak-anak semua demam jadi tak dapat la ikut serta. Jadi, saya berjumpa cikgu Fateh untuk bertanyakan sekiranya program tersebut akan diadakan di tempat-tempat lain lagi, malangnya tiada. Jadi, cikgu Fateh pun memberi sedikit intipati berkenaan bengkel tersebut.

Bengkel tersebut mendedahkan kepada ibubapa bahawa teknik mengajar anak-anak membaca sekarang berbeza dari teknik kita belajar membaca dulu. Sekarang, menggunakan sukukata yang tidak menghendaki anak-anak kenal huruf dulu baru membaca. Teknik sekarang, anak-anak boleh terus membaca tanpa belajar satu persatu huruf. Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan apa yang diajar di sekolah dan latihan lanjutan yang perlu dibuat oleh anak-anak dirumah. Nampak gayanya, belajar membaca sekarang lebih senang dari dulu-dulu. Bagus la ....

Monday, February 8, 2010

Anak Demam

Minggu lepas, dimulai dengan Fildzah, kemudian Faiq dan hari ini, Fateh pula demam.  Fildzah telah pulih dari demamnya tinggal Faiq dan Fateh.  Faiq lambat baik kerana sudah untuk makan ubat.  Diberi makan ubat., habis dikeluarkan semua termasuk isi perutnya sekali.  Jumpa doktor kali kedua, mintak ubat yang paling sedap dan paling mudah ( antibiotic makan sehari sekali jer ).

Doktor pula, tak semua doktor faham karenah budak,  terutama doktor .  Mintak ubat untuk budak susah makan, katanya, ‘tak ada.  Ini ubat yang biasa untuk budak demam’ ( ini pendapat orang yang tak tahu langsung pasal ubat-ubatan )

Seperti biasa la bila anak demam
1. Letih dan mengantuk kerana tak cukup tido – jaga anak demam
2. Rumah kelam kabut, kemas mana yang sempat aje.
Terima kasih kepada yang sudi membantu untuk mengemas rumah ini ketika anak-anaku demam, kalau tidak tongkang pecah pun kalah )

Buat Fildzah, ini kali pertama demam, dengan kata lain, kami ( mak bapaknya la ) tak tau karenahnya bagaimana.  Rupa-rupanya, bila demam tidak mau berengang dengan ibu, ( macamana la ibu nak jaga abang demam dan kemas rumah!! )  Seperti abang-abangnya juga, Fildzah pun susah makan ubat!! Oleh kerana masih kecil lagi, mudah lah untuk ‘menguruskannya’ makan  ubat.  Alhamdulilah, fildzah sudah sihat tinggal batuk dan selsema sahaja.

Faiq, masuk hari ini hari kelima dia demam tapi masih belum kebah kerana susah makan ubat. Doktor kata tak der cara lain nak kebah demam selain makan ubat dan makan ubat.  Oleh kerana susah makan ubat, doktor bagi ubat paling mudah, antibiotic makan sehari sekali dan ubat demam ikut ‘belakang ’.  Harap-harap berkesan dan Faiq sihat.

Buat Fateh, hari ini hari ketiga demam.  Sudah cuti sekolah selama dua hari.  ‘Esok nak sekolah ‘ katanya.  Oleh kerana sudah besar, maka senang memujuknya untuk makan ubat.

Bergitulah serba sedikit karenah anak-anak demam.  Harap-harap mereka semua cepat sembuh ( supaya ibu boleh bayar hutang tidurr !! )  Kepada semua pembaca, doakanlah kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Amin….

 
Bila demam, Faiq tidak berapa mau tidur dan makan

 
Setelah makan ubat, lena sebentar Fildzah