Monday, March 28, 2011

Tsunami Jepun Tsunami Malaysia


Baru-baru ini, dunia digemparkan berita tentang  tsunami yang berlaku di Jepun.   Saya harap tidak terlambat bagi saya mengucapkan salam takziah bagi warga Jepun dan mereka yang terlibat di sana.  Saya begitu kagum dengan kerajaan Jepun dalam menangani situasi ini.

Beberpa hari yang lalu saya menerima panggilan dari adik saya di kampung halaman saya. mmm apa kaitan tsunami di Jepun dan adik saya? hehehe

Adik saya merupakan salah seorang tenaga pekerja di kilang milik Jepun.  Oleh tragidi di Jepun, oprasai kilang milik Jepun di Malaysia diperlahankan.  Adik saya memberitahu, dalam sebulan semua kakitangan kilang tersebut diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji selama 4 hari.  Tiada kerja lebih masa, tiada elaun tambahan dan hanya gaji pokok.

Dalam sebulan, hany RM 400 - 500 sahaja berbanding dahulu boleh mencapai RM 1000 - 1500.  Bayangkan lah tsunami yang dialami oleh golongan ini.  Ini yang saya gelarkan Tsunami Malaysia.  Jika anda tidak bersetuju dengan istilah ini tidak mengapa, ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.... 

No comments: