Saturday, January 30, 2010

Home Sweet Home - Puteri Hight

Hari ini ( sabtu ), macam-macam hal telah terjadi dari kemalangan ( TV jatuh, hasil usaha Fateh dah FaiQ).  Hasilnya, luka ringan dijari Faiq.  Itu bukan halnya, kami sekeluarga menziarah rumah salah seorang sahabat saya yang menganjurkan majlis doa selamat sempena masuk rumah.

Perjalan yang agak panjang- tanpa kami tahu aras sebenar, hanya berbekalkan alamat yang diberi, pencarian kami bermula.  Sejurus senja baru kami sampai ( maaf ye tuan rumah, Pn Erni ).  Kiranya kami datang untuk makan je la hahhah, jangan marah ye.  Tentunya majlis doa selamat tersebut telah lama habis bila kami sampai selewat waktu itu.  Rumah tersergam indah...cantik-cantik-cantik, tahniah Pn Erni dan En. Zamri kerana telah berjaya memiliki rumah yang indah, semoga menjadi "rumahku syurgaku impian".


Terimalah pemberian dari kami yang tak seberapa. (ps - sorry ler N, simple je sebab macam sempat tak sempat datang, at last nak g jugak jadinya buat kek ekspres jer le. ).  Ini gambar sebelum kek ini sampai ke rumah yang dituju.  Kalau sudah betukar rupa, maafkanlah ya, hero-hero disini sungguh berbesar hati membawak mengusung kek ini kesana dan kemari.

Bulan Penuh - Petua


Sudah lama kami sekeluarga tidak menjengah keluarga yang berada di BTHO ( Bandar Tun Hussein Onn), keluarga Wak Nanang. Hari Jumaat abahfateh tidak bekerja, jadi malam itu, Jumaat, kami sekeluarga ke BTHO.  Selesai beramah mesra dan bertanya khabar, maka kami sekeluarga pun pulang (  tak cerita pun apa berlaku masa pertemuan.. hahahha tak de apa-apa la. Cerita biasa, adik beradik yang lama tak jumpa ) Tetapi, bukan itu yang ingin perkatakan.  
Sebelum pulang kami pun 'pamitan' untuk pulang.  Wak Sri  ( merangkap biras saya ) berbisik kepada saya "nak tau satu petua tak? cuba pandang atas" pinta Kak Sri.
Saya pun memandang atas " ada bulan je kak"
Balas Kak Sri " Petua awet muda, bila bulan mengambang, pandang ke bulan dan bisik kepada bulan, katakan; aku muda dan kamu tua, setiap kali bulan mengambang".
"Oh ye ke Kak" balas saya.
Kak Sri gelak "hahahah itu petua orang-orang tua je la"

Sesiapa yang mahu mengikut petua ini silakan, tetapi sekadarnya sahaja tau, jangan terlalu taksub sehingga merosakkan akidah kita.  Tua, muda adalah lumrah kehidupan.  Sepertimana yang diberitahu oleh Kak Sri, sekadar petua terpulang kepada kita untuk memngamalkannya.  Apa yang penting, jiwa kita mesti sentias bersih agar terpancar segala kesegaran yang menaikkan 'seri' ke wajah kita.

Wednesday, January 27, 2010

Pembedahan otak untuk mengurangkan berat badan – Oprah show



Saya tak tau la ni siri Oprah yang mana, tapi saya tontonnya beberapa hari yang lalu           ( siaran pukul 9  - 10 pagi ) berkenaan penurunan berat adan melalui pembedahan otak.  Sekali pandang macam tak der kene mengena pemebedahan otak dengan penurunan berat badan.  Percayalah, otak adalah punca segala tindak tanduk dan apa yang terjadi pada badan kita kerana otak merancang semua apa yang berkalu pada badan kita. 


Penemuan pembedahan itu telah dilakukan oleh seorang doctor dari
Hospital Virgenia Barat.  Pembedahan dibuat dengan keadaan pesakit sedar kerana doctor perlu berinteraksi dengan pesakit bagi memastikan impalan yang dipasang di otak berada pada tempat yang betul.


Doktor memasang jarum perak ke bahagian otak yang mengawal lapar dan sentiasa berinteraksi dengan pesakit bagi memastikan jarum dipasang di tempat yang sepatutnya.  Jarum perak mengalirkan arus elektrik bagi menyekat rasa lapar,  Jumlah jarum perak bergantung kepada saiz badan pesakit.  Jarum perak berfungsi untuk merangsang metabolisma badan dan jarum perak ini di sambungkan kepada perantak yang dipasang di bahagian atas dada.


 Perentak ini mengandungi program yang perlu kepada tubuh badan dan isyarat ini akan dihantar ke otak melalui jarum perak tadi.  Biasanya perentak ini akan diprogramkan supaya pesakit mesti makan makanan yang sihat seperti sayur, buah-buahan dan kurangkan makanan yang berlemak. Dengan itu, perentak akan menghantarkan arus kepada otak melalui jarum perak apa yang tubuh badan perlu.  Oleh itu, badan akan sentiasa mengambil apa yang diprogramkan sahaja. 


Kaedah ini sesuai untuk inividu yang mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan melampau.  Anda berani mencuba? Hahahha.  Tepuk Dada Tanyalah Iman




Sunday, January 24, 2010

Hujung Minggu di Putrajaya


Hujung minggu nie kami berpeluang mengikut abahfateh menangkap gambar di Purajaya.  Bertempat di Pusat Komuniniti Presint 9. Tapi, senelum sampai ke tempatnya, sempat la kami berpusing-pusing dua tiga round sebab tak jumpa tempat yang dituju.  Alhamdulilah, jumpa akhirnya dan berpeluanglah Fateh dan Faiq bermandi manda.

“Lain kali kita datang sini lagi ye bu” permintaan Fateh hohoho
"Kalau abah bawak, kita sampai lagi la Fateh” ibu menjawab.




 Fateh dan Faiq tak berani turun kolam lagi ni




 Sedang menghayati mandi kolam


 
 Sedang berseronok mandi kolam




 Fildzah ketakutan masuk kolam

Saturday, January 23, 2010

Hari jumaat, abah fateh balik dari kerja luar kawasan ( Labuan ).  Hohoho 'kenyang coklat' la budak-budak ni, lihatlah banyaknya bekalan coklat yang dibawanya.  Dalam banyak-banyak coklat, giant cupa chup yang menjadi  pilihan Faiq ( agaknya nampak pelik kut ).  Selamat menjamu selera Fateh n Faiq.

ps : sapa-sapa yang nak, meh aaa sini jemput makan ;)


Hanya giant cupa chup je yang menjadi perhatiannya

Friday, January 22, 2010

Kisah tugasan Fateh.

Semalam ( kelmarin mengikut logat utara ) fateh mendapat satu tugasan dari guru di tadikanya ( Little Caliph ) supaya Fateh terus berlatih mengenal huruf ( setakat yang telah dipelajarinya ).  Cikgunya mengatakan, Fateh agak keliru dengan beberapa huruf.  Tugasan diberi dengan harapan, Fateh boleh menguasai huruf-huruf tersebut agar tidak ketinggalan dari rakan-rakannya yang lain.

Tapi, apa telah jadi? hahahha. Petangnya, ibu mencari Fateh di seluruh rumah, tapi Fateh senyap sunyi.  Rupa-rupanya, Fateh telah memotong-motong kertas tugasan yang telah diberikan oleh cikgunya. Apa lagi, mengucap panjang la ibu.
Bila ditanya, " kenapa Fateh potong-potong kertas yang cikgu bagi?"
Jawab Fateh " Fateh nak gunting kertas, tapi Fateh tak jumpa kertas.  Fateh gunting la kertas yang cikgu bagi. Lagipun kertas nie dah comot, adik comotkan, Fateh dah tak boleh baca".

Hohoho... apa hasruku katakan kepada ini budak? Ibu sekadar geleng kepala dan meminta Fateh berhenti mengunting dan tinggalkan kertas disitu ...........

"Nanti Ibu buatkan yang lain ye untuk Fateh, permintaan Fateh ....

Fateh oh Fateh......


Berginilah rupa kertas tugasan yang diberi oleh cikgu, setelah 'diubahsuai' oleh Fateh




















Tuesday, January 19, 2010

Isteri Di Dera

Sekiranya anda tergolong kepada kumpulan orang-orang yang terdera, jangan takut untuk melindungi diri anda dengan membuat laporan ke :
1. Balai Polis Berdekatan
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat
3. Mahkamah Syariah.              
Mereka di sini dapat membantu anda.

Sekiranya anda mendapat ugutan oleh pehak suami yang akan melaporkan anda sebagai Nusyus, percayalah, dakwaan itu tidak boleh dipakai kerana terdapat peruntukan dalam undang-undang yang, membuat laporan tentang diri didera dikira sebagai darurat, bukan nusyus .  Sebagai Isteri, ketahui hak anda

-sumber MHI ( Malaysia Hari Ini )            

Monday, January 18, 2010

Santai hujung minggu

Hujung minggu kali ini, kami sekeluarga telah meramaikan tempat yang sedia ramai ( hahah menyebok ler sebab org tengah shoping utk raya, kami pun join gak aaaa ) IKEa.  Penat bersesak-sesak dengan orang ramai, padahal kami cuma nak cari penyangkut  sudu je sambil membawa budak-budak dan bapak budak ketempat ini aaaa.  seperti biasa la Faiq tidak mau pulang dan Fateh telah memilih set bilik tidur yang digemarinya tanpa disedari oleh ibubapanya.  Sempat juga la mencuri gambar gelagat budak berdua ni ditempat ini.



Alamak, jakunnya anak aku ni... pelik nampak lampu lain macam



Fateh sibuk memilih mainan yang disukainya

Tuesday, January 5, 2010

Kedai Coklat di Ulu Langat




Anda gemarkan coklat? Saya salah seorang pengemar coklat.  Impian saya, suatu hari nanti saya mampu untuk membuat coklat saya sendiri.  Ketika menonton MHI pagi ini, ada dipalarkan kedai coklat buatan  coklat tempatan di Ulu Langat, Dazzle Choclate yang terletak di Nanding Ulu Langat.  Sekiranya ada kesempatan, saya juga ingin berkunjung ke kedai tersebut.  Harapannya, coklat dikedai tersebut sedap dan berkualiti setanding dengan coklat dari luar negara.  Harga pun harap lebih redah dari coklat import ( tak de cukai import maa )

Fateh dah sekolah


Hari pertama Fateh sebelum kesekolah, bersalam dengan ibu.  Sungguh teruja  ( ibunya sekli )


Wajah keriangan kerana hari pertama kesekolah ( walaupun tadika hahaha )



Wajah ceria Fateh sesampainya ibu di muka pintu sekolah untuk menjemputnya pulang



Setelah Fateh berpesan kepada adiknya " Adik, nanti adik sekolah sini juga tau"


Hari ini merupakan hari kedua Fateh bersekolah ( ikuti catatan hari pertama Fateh besekolah oleh abahya ). Reaksi bangun paginya berbeza dari semalam. Semalam, hari pertama dia kesekolah, sekali kejut aje dia dah bangun dan mintak dokong ke bilik air, terus mandi. semua dilakukan tanpa bantahan olehnya. Namun, reaksinya berbeza untuk hari ini. bila dikejutkan untuk mandi, ayatnya berbunyi " Fateh tak mau mandi, Fateh tak mau sekolah kerana Fateh masih terlalu mengantuk". hahahha... tugas si abah memujuk Fateh untuk mandi dan kesekolah sampaikan abahnya kelewatan untuk pergi ke pejabat. Sudahnya, sesudah dipujuk mahu lah dia kesekolah" tapi abah aje yang hantar ". hahaha nasib baik la awak tu baru nak belajar kesekolah, kalau tak, abah mesti bo layan jer....


Tugas mengambil Fateh dari sekolah diambil alih oleh ibu. Sesampainya ibu di muka pintu sekolah, "ibu, Fateh terlalu seronok", terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sudi mengajar anak saya sebaiknya, jasamu dikenang hingga ke akhir  hayat. Begitu lah serba sedikit kisah Fateh mula bersekolah. sebelum ini, Fateh tidak pernah bersekolah dan tidak pernah di hantar di mana-mana pusat asuhan/jagaan kanak-kanak kerana ibu seorang surirumah.


Proses persediaan untuk Fateh kesekolah amat panjang, seawal 6 bulan ( setengah tahun ) sebelumnya, ini kerana Fateh anak sulung dan tiada sesiapa disekitarnya bersekolah. Dari proses memilih sekolah untuknya sehinggalah hari sebelum dia kesekolah. setelah beberapa sekolah dipilih, akhirnya Fateh memilih Tadika Sir Atun ( kerana sekolahnya baru dibuka, semua peralatan dan premisnya adalah baru hahahha suka la Fateh ) setelah beberapa sekolah di jelajahi. Macam-macam alasan diberi sekiranya sekolah yang di ziarahi tidak berkenan dihatinya, antara alasannya, ' sekolah ini terlalu menyeramkan, sekolah ini tak ada play ground bersar, sekolah ini tidak ada play ground baru'. Setelah mendapat sekolah yang disukaainya, maka barulah ia terlalu teruja untuk kesekolah.


Setiap hari sebelum sekolah dibuka, kami mengingatkannya supaya tidur awal agar tidak kelewatan untuk kesekolah, dengar cakap cikgu dan jangan gaduh-gaduh dengan kawan-kawan. Pastikan anak-anak serokok disekolah dan sekiranya pulang dari sekolah si anak tidak mahu lagi pergi kesekolah pada keesokan harinya, pasti ada sesuatu yang berlaku dan tugas ibubapa untuk menyelidiki apa yang telah berlaku di sekolah. boleh jadi anak ini telah bergaduh di sekolah, boleh jadi takut dengan cikgu-cikgu dan seribu satu kemungkinan lagi. Tapi saya rasa, bagi kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan tiada masalah untuk meninggalkannya bersama kawan-kawan yang lain.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru



Sempena Tahun baru ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010".  Laman ini akan dihiasi oleh suka duka kami sekeluarga yang akan di kongsi bersama.  Akhir kata, Selamat Tahu Baru 1421 2010.